Daripada Abi al-Abbas, Abdullah bin Abbas r.a. berkata (Maksudnya) :
Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi S.A.W.., lalu Baginda bersabda : ''Hai anak ! Aku akan mengajarmu beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapati-Nya di hadapanmu.Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau meminta pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah. Dan ketahuilah ! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan suatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkaukecuali dengan suatu yang sudah ditakdirkan Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah ditakdirkan oleh Allah atas engkau. Telah ditakdirkan sesuatu itu sebagai perkara yang telah ditetapkan.
PENGAJARAN HADIS:
Sabar ertinya menahan apabila menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji ialah sabar dalam mengerjakan taat kepada Allah S.W.T, menjauhi segala maksiat yang dilarang - Nya dan sabar menerima segala takdir-Nya. Tetapi antara sifat sabar itu, sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama daripada sabar menerima segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.
Menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat bahkan ia merupakan darjat yang paling agung. Allah S.W.T menyebut lebih 90 kali dalam Al-Quran : adakalanya dengan memuji kesabaran itu sendiri, adakalanya dengan memuji orang - orang yang sabar di sisi Allah S.W.T dan darjat yang disediakan oleh Allah untuk mereka. Dalam Islam, sabar ada tiga darjat. Antaranya :
(1) Sabar terhadap ketaatan.
(2) Sabar terhadap kemaksiatan
(3) Sabar terhadap ketentuan dan musibah
Darjat sabar yang paling agung ialah sabar terhadap ketaatan.Oleh kerana ia sabar yang paling agung yang diharapkan, maka tatkala kamu mlakukan ketaatan, hendaklah kamu bersabar terhadapnya, supaya kamu sentiasa tetap melakukannya dalam bentuk yang paling sempurna, dengan segala kekusyukan dan kepatuhan. Contohnye, ni kan bulan Ramadhan, ade orang dye selalu sangat mengeluh bile buat solat sunat Terawih, ni menunjukkan die ni tak ikhlas mengerjakan Solat Terawih dan ni juga mernunjukkan die ni tak sabar dalam mengerjakan segala ketaatan kepada Allah...